Thursday 14 April 2016

Doha Qatar 2014

Mei 2014, aku memulakan kembara penghijrahan ke bumi Qatar selepas segala urusan Imigresen dari Kementerian Dalam Negeri Qatar (Dikenali sebagai MOI disini) selesai (Dikenali sebagai MOI disini). Tahun tersebut merupakan tahun berduka buat Malaysia selepas kehilangan pesawat B777-200 milik Penerbangan Malaysia.  Sebelum menamatkan perkhidmatan di MAS, aku sempat memberi khidmat kepada waris penumpang MH370 yang ditempatkan secara berkumpulan di sebuah hotel di Bangi. Rasa berat hati ini untuk memulakan penghijrahan dalam keadaan suram ini, tetapi tanggung jawab keatas keluarga perlu diutamakan. Mei 25 2014 aku meninggalkan Malaysia dengan pesawat Qatar Airways dan bermula lah episod penghijrahan aku di bumi padang pasir ini.

Kota Doha merupakan pusat pentadbiran negara Qatar, yang merupakan sebahagian dari anggota GCC (Gulf Cooperation Council). Syarikat pengangkutan udara milik kerajaan, Qatar Airways sedang pesat berkembang dan aku diantara staff kejuruteraan yang dipilih dari seluruh negara untuk bersama-sama dalam pelan pembangunan syarikat.

Aku ditempatkan di bandar Al Sadd dimana penginapan staff telah siap disediakan untuk kami.  Alhamdulillah cukup selesa, untuk makluman semua kos penginapan disini cukup mahal hingga mencecah 5,000.00 QAR untuk apartment satu bilik.  Jadi,bagi sesiapa yang berhajat untuk berhijrah ke timur tengah, pastikan pakej perumahan disediakan didalam kontrak kerja anda semua.

InsyaAllah, semoga bertemu lagi dalam entri seterusnya.  

No comments:

Post a Comment